JANUARI 2025

MASwings Sah Milik Sarawak


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg  hadir menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

Ketika ditanya pemberita sejurus selesai majlis berkenaan, beliau berkata syarikat penerbangan MASwings sah menjadi milik Sarawak selepas perbincangan mengenai harga aset melibatkan Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Beliau berkata lagi, majlis rasmi untuk menandatangani persetujuan ini akan dilakukan dalam masa kurang daripada sebulan, dijangka diadakan di Kuching. 

“Apa yang dapat saya bagi tahu hari ini adalah urusan MASwings sudah ‘beres’. 

“Maksudnya kita sudah mengambil alih MASwings dan tidak lama lagi ada majlis rasmi untuk menandatangani persetujuan ini.  Saya jangka dalam masa satu bulan, sebelum puasa,” katanya.

Turut hadir Timbalan-timabalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas , Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan,  Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki.